Analysis for First Semester Examination 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t kepada doktor-doktor yang sangat optimis sekalian! 

Seperti yang kita ketahui, Semester 1 telah melabuhkan tirainya, menjadi saksi jerih payah perjuangan kita bersama. Pengumuman keputusan peperiksaan menjadi penutup Semester 1 menghadiahkan seribu satu pengajaran dari Dia buat mereka yang berfikir. 


Daripada 264 orang pelajar, 226 orang pelajar telah lulus dan 38 orang pelajar gagal Modul 2 dan 3. Sebanyak 48 kertas harus diambil semula.


 

Berdasarkan jadual di atas, Modul 1 yang menyaksikan SEMUA pelajar lulus. Alhamdulillah. Manakala bagi modul 2: Nutrition and Metabolism, peratus kejayaan ialah 93.18% dan terdapat 18 orang yang perlu menduduki semula peperiksaan bagi modul ini. Perkara yang harus diberi perhatian juga ialah cuma dua orang yang mendapat A bagi modul 1 dan seorang bagi modul 2. Malangnya bagi modul 3: Introduction to Medical Studies, markah 95 peratus itu gagal dicapai oleh 264 orang pelajar Tahun 1. Peratus kejayaan bagi modul 3 ialah 88.64% dan seramai 30 orang pelajar harus menempuhi semula modul ini.


Seterusnya, mari kita bergerak kepada analisis khusus bagi setiap modul.

 
Berdasarkan jadual di atas terdapat 60 orang berjaya memperoleh markah 90-100 iaitu gred A dan A-. 


 

Bagi modul ini pula, 7 orang berjaya memperoleh gred A dan A-. 17 orang memperoleh gred D dan seorang memperoleh gred F. 


 

Lain daripada itu, hanya seorang sahaja pelajar yang berhasil memiliki gred A- untuk modul 3 ini. Walaubagaimanapun, terdapat 30 orang pelajar yang gagal di dalam modul ini. 


 

Secara kasar inilah perbandingan pencapaian yang dapat dibuat di antara ketiga-ketiga modul. Tentu sekali modul 1 mencatat kecemerlangan tertinggi. Modul 3 pula sebaliknya. 





Lumrah di alam universiti mungkin. Atau mungkin jua, anugerah Allah buat kaum yang mempunyai gen XY itu? Tetapi apa yang pasti ini pengajaran buat semua. Seperti yang tercoret 15 orang pelajar perempuan yang kecundang di dalam peperiksaan modul 2 berbanding 3 orang pelajar lelaki yang mempunyai nasib serupa. Di samping itu, 8 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan gagal di dalam modul 3.


Jika perbandingan dibuat berdasarkan seksyen pula, seksyen yang mencatat kadar kecundang tertinggi ialah seksyen 5 dan yang terendah pula ialah seksyen yang mempunyai bilangan pelajar yang paling sedikit iaitu seksyen 7.

Akhir sekali, sebagai motivasi jua ibrah buat anda yang bijaksana, berikut merupakan perbandingan setiap modul berdasarkan pencapaian seksyen. 


 

Hanya pelajar daripada Seksyen 3 dan 4 yang memperoleh A. Manakala bagi gred A- pula, kelihatan wakil daripada setiap seksyen. Bagi gred B+, Seksyen 6 mencatatkan pencapaian tertinggi. Walaubagaimanapun, seksyen 4 di tempat kedua. 


 

Bagi Modul Nutrition and Metabolism ini pula, hanya seorang pelajar daripada Seksyen 3 yang memperoleh gred A. Bagi gred A- pula,terdapat wakil daripada Seksyen 1, 4 dan 6. Gred B+ pula menyaksikan Seksyen 4 mencoret peratusan tertinggi. 

 


Bagi gred A-, hanya seorang pelajar daripada Seksyen 3 sekali lagi, yang berjaya memperolehnya. Manakala gred B+ , Seksyen 4 terus menukilkan pencapaian tertinggi bagi gred ini. 



Buat pengetahuan kalian, statistik ini dibuat berdasarkan gred lama universiti. Berikut adalah perubahan skala permarkahan Alexandria University. 


Menurut perbincangan dengan pihak universiti, skala permarkahan yang baru ini akan diaplikasikan pada semester kedua. Selain itu, syukur, Alhamdulillah, kata pihak Akademik PCI, pihak universiti juga bersetuju untuk menaiktaraf markah-markah kita mengikut skalah permarkahan yang baru. Tetapi perubahan ini hanya akan berlaku ketika kita menerima keputusan peperiksan untuk satu tahun penuh.


Di samping itu, adalah perlu untuk kami maklumkan di sini, Syura Batch telah bermesyuarat dan hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa 'ranking batch' iaitu daripada nombor 1 hingga 40 hanya akan diumumkan di sebuah majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan nanti. Hal ini adalah untuk kemaslahatan kita bersama. InsyaAllah.

Hasil 'recheck paper' juga telah dimaklumkan oleh universiti kepada kami dan kata pihak universiti tiada perubahan yang berlaku kepada 'result' sesiapa yang berkenaan.

Sekian. Syukran jazilan semua :)

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.