CS League : Hidup Ini Perjuangan

14 Mac, Sezostress - Satu pertandingan 'Counter Strike' telah dianjurkan oleh Unit Penerbitan dan Penerangan (UPP) 11/17 bertempat di tingkat 3 Asrama MARA. 


Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9.00 malam. Pertandingan yang julung kali diadakan tersebut mendapat sambutan hangat pelajar-pelajar ikhwah. Sebanyak 6 skuad telah yang terdiri daripada 5 orang anggota menggalas tugas tersebut dengan jayanya. 

Pertandingan tersebut dianjurkan bertujuan mempamerkan kekuatan skuad masing-masing yang dibina atas kerjasama dan taktikal yang berjaya. Jelas sekali, ia mewujudkan satu kefahaman yang jitu antara anggota skuad. Ia juga memperkukuh ukhuwah sesama peserta, penonton dan juga pihak penganjur. 

Pertandingan tersebut bermula dengan peringkat kumpulan, seterusnya separuh akhir dan akhir. Pertembungan epik di peringkat akhir adalah antara skuad yang diterajui oleh Hariz Kamaruddin dan skuad Ashraf Jay yang akhirnya memihak kepada skuad Hariz Kamaruddin. 


Hidup itu perjuangan... 

Sesungguhnya hidup itu perjuangan. Bukan setakat di medan maya yang hanya simbolik dan untuk mendapat keseronokan. Bahkan, bermulanya perjuangan kita semenjak lahirnya kita ke dunia dan 'time limit'nya hanya apabila kita meninggalkan dunia ini. Kita perlu jelas dengan hakikat perjuangan ini. Bukan berpanjikan label 'counter-terrorist' mahupun 'terrorist' tetapi berlabelkan seorang muslim berperisaikan iman bersenjatakan ilmu. 

Dan medan perjuangan kita luas, bukan sekadar kawasan tertutup yang terhad tetapi 'real life'. Tiada lagi butang 'restart', tidak bermakna istilah 'cheat' dan lain-lain. Perjuangan ini melibatkan kita semata, dengan apa yang dikurniakan Allah iaitu nikmatnya, dan kelebihan-kelebihan tertentu masing-masing. Oleh itu, fikirkanlah! Bagaimanakah perjalanan 'game' kehidupan kita? 

Adakan bertepatan dengan 'aim'nya ataupun tidak...?

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.