Syafakillah ya Sodiiqati :)

9 MAC, Sesostrees Street – Seorang pelajar akhawat telah dikejarkan ke Hospital Salama akibat sesak nafas di biliknya di floor 5 Bangunan MARA lebih kurang pada jam 8.30 malam.Beliau telah disahkan menghidap penyakit acute bronchitis selepas mendapat rawatan dan terpaksa ditahan di wad pada malam tersebut. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa dipindahkan ke Hospital Tolabah disebabkan keadaan wad yang penuh. Ketika krew UPP batch melawat, Safia Bt Othman telah dibenarkan keluar wad dan kelihatan semakin pulih.


Difahamkan, beliau telah mula merasa sakit seminggu sebelum itu. Beliau juga telah mendapatkan rawatan sehari sebelum itu dan disahkan mengalami slight alkalosis dan anaemia. Beliau telah pun mengambil ubat yang disediakan tetapi malangnya kondisi beliau semakin teruk keesokan harinya. Menurut kata Safia, beliau disahkan menghidap penyakit tersebut setelah menjalani beberapa ujian. Antaranya ialah Arterial Blood Gas (ABG), electrocardiography (ECG), x-ray dan blood pressure.

Safia telah menyatakan rasa terharu beliau kepada sahabat-sahabat yang bersusah-payah menjaga beliau walaupun pada jam 3 pagi. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi melawat serta membawa buah tangan yang enak-enak walaupun ada sesetengahnya menetap jauh dari Sesostrees Street. Semoga Allah merahmati mereka.


Sebelum krew kami pulang, Safia sempat menyatakan pesanannya buat rakan-rakan: "Hargailah Masa Sihat Anda" dan "Islam is One Big Family". Kami di pihak UPP mengharapkan agar kita semua dapat mendoakan Safia supaya dapat pulih sepenuhnya dan kembali ke kelas seperti biasa.

Written by Darfflix 12/03/2012 

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.