Forum : Supermen vs. Superwomen


Sezostrees, 19 Mac 2012 - Bertempat di Tingkat 3 Bangunan MARA telah berlangsungnya forum perdana yang bertajuk XX vs. XY.  Melihat situasi remaja zaman sekarang yang sangat membimbangkan pihak unit Pembangunan Insan Batch dibantu PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mengambil keputusan untuk membincangkan perihal aurat dan ikhtilat pada program LIFE kali ke-4. Alhamdulillah, berkat usaha yang berterusan AJKT program dan yang paling penting redha daripada Allah, program ini mendapat sambutan hangat daripada ahli batch tahun 1 11/12.


Sekitar jam 6.00 p.m Asrama MARA sudah mula dibanjiri peserta program yang tidak sabar menanti program bermula.  Tepat pada pukul 7.00 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Omar Nuruddin bin Zakaria. Majlis ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohammad Syafiq bin Ramli. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua Batch Tahun 1 11/12 , Amar Sofwan bin Mohamad Shiham. Saudara Amar sempat  berpesan kepada para peserta dengan menyertakan dua buah hadis.





Majlis diteruskan dengan acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu forum perdana. Forum ini membentangkan kertas kerja yang bertajuk aurat dan ikhtilat yang telah disediakan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil. Antara ahli panel yang terlibat dalam forum ini ialah Dr. Farhan bin Mahmud, Ustazah Nurul Bazilah binti Hussin dan Dr. Nor Saadah binti Zaini manakala moderatornya pula adalah saudara Shawal Izwan Danial bin Syawaluddin. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh ahli panel antaranya tuntutan menutup aurat, batasan aurat lelaki dan perempuan, pemakaian dalam Islam dan pergaulan.



       Selesai forum, majlis disambung dengan sesi soal jawab antara peserta dengan ahli panel. Majlis kali ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan jamuan ringan. Semoga program ini bermanfaat kepada semua peserta dan ilmu  yang diperoleh daripada program ini dapat dipraktikkan serta disebarkan. Diharapkan juga program ini berjaya mencapai tujuan pelaksanaannya. 

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.